Saturday 15 October 2016

#tipsASB - Part 1



Saya tahu ramai yang masih keliru berkenaan dengan ASB
banyak persoalan asas yang masih belum terjawab
terutamanya kepada yang baru nak mula berjinak-jinak dengan asas pelaburan
macam-macam persoalan yang ada
di sini saya kongsikan tips asas ASB yang dikongsikan oleh Cik Syafiqah Alya
semoga dapat membantu kebuntuan selama ini..



Persoalan Asas ASB
===============
Persoalan asas mengenai ASB dan ASBF serta persoalan mengenai teknik atau langkah yang boleh di ambil untuk urus kewangan.


1. Apa itu ASB?

  • ASB atau nama panjangnya adalah amanah saham bumiputera. Ia adalah Dana unit amanah yang di keluarkan oleh PNB

2. Apa perbezaan simpanan di ASB dan ASBF ini?

  • ASB : adalah simpanan biasa yang tidak perlukan komitmen anda untuk simpan setiap bulan. Menjadi kebiasaan orang kita, kalau ada duit lebih baru masuk ke dalam buku biru ini. Kan?
  • ASBF : adalah pembiayaan atau pinjaman yang dibuat dengan bank. Ia mestilah dibayar setiap bulan.

3. Di mana boleh apply ASBF ini?

  • Terdapat 5 bank yang anda boleh apply ASBF iaitu CIMB, Maybank, RHB, AFFIN bank dan BSN. Anda boleh lah survey rate dan offer yang terbaik buat anda. Baru lah boleh jadi pelabur bijak.
4. Apa itu force saving ASBF?
  • Simpanan secara paksa atau bahasa lembutnya simpanan yang wajib disimpan/ di tolak dari gaji anda setiap bulan dalam ASBF. Baru lah konsisten simpan bulan-bulan

5. Kalau tidak bayar apa akan jadi dengan ASBF saya itu?

  • Pinjaman yang tidak dibayar 3 bulan berturut-turut, sijil ASB anda akan dijual. Maka anda dapat lah baki prinsipal anda tu. Bukan dapat semula apa yang anda bayar. Jangan keliru.

6. Boleh ke saya nak apply ASBF ni lagi selepas saya tidak bayar 3 bulan berturut-turut?

  • Sebulan tak bayar pun dah naik 1 di rekod CCRIS anda. Apatah lagi 3 bulan tak bayar, tak cantik dah CCRIS anda. Anda menunjukkan rekod pembayaran yang tidak baik. Kalau orang pinjam duit anda, dan dia tak bayar. Anda nak bagi pinjam lagi tak?

7. Boleh ke saya apply ASBF selama 30 tahun, dan cancel ASBF pada tahun ke 3?

  • Boleh, pembiayaan ASB tiada penalty  dikenakan. Tetapi kalau boleh tunggulah 3 tahun dan ke atas baru jual/terminate, baru lah nampak untungnya.

8. Boleh ke nak apply ASB tanpa takaful?

  • Boleh, tetapi disarankan ambil cuma pendekkan tempoh takaful tersebut. Jika target simpanan anda adalah 5 tahun, apply lah takaful juga 5 tahun. Monthly jadi murah berbanding apply full tenure. (Di CIMB takaful is optional)

9. Takaful ni cover untuk apa ?

  • Takaful cover untuk kematian dan kecacatan kekal kepada si pemimjam. Jika ambil takaful, dan berlakunya kematian kepada pemimjam, baki pinjaman anda akan di tanggung oleh pihak takaful. Keluarga anda akan terima sijil ASB secara penuh (mengikut pada wasiat/ faraid)

10. ASB ni orang kata syubhah betul ke ?

  • Suruhanjaya Security tidak pernah menyatakan ASB Dana tidak patuh syariah atau Syubhah. Rujuk statement dari Panel Syariah SC Sendiri Prof Dr Asyraf . Luangkan masa tengok video ni.

11. Boleh ke apply ASB banyak-banyak sijil?

  • Boleh, kuota satu orang adalah RM200K. Buat lah banyak sijil pun sama ada untuk pelbagaikan target simpanan atau urusan bisnes dan sebagainya. Cuma anda perlu tanggung processing charge iaitu sekali bayaran sahaja

12. Boleh tak nak apply ASB tanpa perlu buat standing instruction atau auto debit?

  • Boleh, contohnya di CIMB. Anda boleh buat bayaran sendiri

13. Kalau saya buat ASBF ni tiba-tiba saya diberhentikan kerja dan tidak mampu nak bayar. Apa nak  buat?

  • Cancel je lah sijil tu, jika tidak boleh bayar lagi

14. Macam mana nak jual sijil ASB tu?

  • Anda boleh pergi ke bank yang anda apply dan isi form cancellation ASB. Ia makan masa 1-2 bulan. Sepanjang proses penjualan sijil, anda masih perlu bayar

15. Kenapa bayaran bulanan saya tidak sama seperti syafieqah kira?

  • Ini kerana kiraan yang saya ambil adalah full tenure iaitu 30 tahun, dan bayaran bulanan tidak termasuk takaful. Takaful setiap orang berbeza-beza iaitu mengikut umur, jumlah loan, berapa tahun takaful di ambil serta jumlah tahun pembiayaan

16. Suri Rumah boleh apply ASBF tak?

  • Boleh, iaitu buat join application dengan husband. Gunakan payslip husband untuk support income (Di CIMB boleh dapat rate best offer)

17. Student Boleh ke nak apply ASBF macam Syafieqah?

  • Boleh, iaitu mohon join application dengan mak/ ayah/ siblings untuk support income. Dapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu. Jika anda tidak bayar, nama mereka di ccriss juga terpalit sama. (Di CIMB boleh dapat rate best offer )

No comments:

Post a Comment

7 'checklist' wajib tahu sebelum beli rumah

dah tahu ke apa persediaan awal untuk membeli rumah? kalau tak tahu takpa..jom baca, saya kongsikan tulisan asal dari Tuan Amir Syahir yang...