Wednesday 17 May 2017

7 'checklist' wajib tahu sebelum beli rumah

dah tahu ke apa persediaan awal untuk membeli rumah?
kalau tak tahu takpa..jom baca, saya kongsikan tulisan asal dari Tuan Amir Syahir yang saya ambil di wall FB beliau..






7 Senarai Semak Anak Muda Untuk Membeli Rumah Pertama
******************************************************


Membeli rumah pertama adalah mudah jika korang tahu aturannya. Masa muda ni jangan buat hutang jahat seperti, pembiayaan peribadi ataupun hutang kereta. Beli kereta tidak sepadan dengan gaji.
Tak perlu tunggu masuk umur 30-35 tahun untuk beli rumah pertama. Carilah rumah yang berharga di bawah RM200K untuk pelaburan hartanah dahulu. Baiki/bina CCRIS, semak DSR dan teruskan memburu hartanah.

Antara perkara yang kau kena semak dan pastikan sebelum korang nak beli rumah subsale ialah;

1. Sila Semak DSR

Debt Service Ratio (DSR) adalah Nisbah Hutang Kepada Pendapatan. Semakin tinggi nisbah, semakin banyak lah hutang / komitmen korang. Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa jumlah kelayakan pembiayaan rumah yang korang boleh dapat. Pengiraan DSR ini berlainan setiap bank namun konsep dia tetap sama. Lain bank, lain SOP dia. Rajin-rajinkanlah diri ke bank untuk bertanya ye.

Formula DSR = Jumlah Komitmen/Hutang + Ansuran Bulanan Rumah Mahu Beli / Pendapatan Bersih X 100%

*Ansuran rumah yang perlu dibayar boleh cek guna aplikasi iMoney dekat Google Play Store. Biasanya maksimum DSR dibenarkan bank hanya 60%-70%.


2. Sila Semak Kelayakan Pembiayaan

Korang kena semak berapa pembiayaan perumahan yang bank boleh bagi berdasarkan pendapatan korang. Korang boleh pergi ke bank untuk bertanya. Bawa penyata gaji. Setiap bank lain prosedur dia. Paling senang kiraan kasar dia ialah: Pendapatan bersih X 200. Contohnya, gaji korang lepas tolak komitmen tinggal RM1000. RM1000X200=RM200,000. Jadi carilah rumah yang bawah RM200K.


3. Sila Semak Laporan CCRIS & CTOS

Pernah buat pembiayaan dengan pihak bank? Ada kad kredit? Pernah buat bil telefon pintar? Adakah bayaran ansuran cun? Kalau tak cun baik korang semak balik berapa tertunggak. Sebabnya bank takkan luluskan pembiayaan jika rekod laporan CCRIS korang barai ataupun pembayaran balik tak tepat pada masanya. Sila semak laporan CCRIS ye. Kadangkala korang tak sedar pun korang kena CTOS disebabkan menjadi penjamin pada adik-beradik ataupun sedara mara. Kalau dah kena CTOS ni wajib langsaikan dulu hutang tertunggak.


4. Sila Semak Duit Pendahuluan

Sangat berminat nak beli rumah tapi duit pendahuluan pun tak ada ni susah jugak. Nak beli rumah subsale ni banyak kena keluarkan duit terlebih dahulu. Ada kos guaman, kos penilaian harga rumah, kos duti setem dan lain-lain kos lagi. Pastikan ada tunai dalam 15% daripada harga rumah yang berminat tu. Kalau rumah harga RM120K. Paling tidak pun korang kena ada RM18K. Jadi, tak reti-reti lagi nak menyimpan?


5. Sila Semak Pekerjaan

Bank adalah institusi kewangan yang berniaga. Mereka hanya akan berniaga dengan orang yang layak dan berkemampuan untuk membayar balik ansuran tepat pada waktunya. Bank sukar memberikan pembiayaan jika pekerjaan korang berisiko seperti pekerjaan secara kontrak. Contohnya, bulan ni masuk gaji penuh, bulan depan masuk separuh. Tak konsisten. Jadi, bila korang baru bekerja tu, pastikan ada penyata gaji 6 bulan bekerja dahulu.


6. Sila Beri Kepercayaan Kepada Bank

Ada orang yang langsung tak ada hutang dengan pihak bank. Baguslah. Tak ada rekod CCRIS boleh mohon pembiayaan perumahan? Ya, boleh saja. Biasanya bank akan tawarkan kad kredit juga kepada korang. Logik bank macam ni; ada seorang datang jumpa korang yang langsung korang tak kenal. Lalu dia nak pinjam duit RM5K. Dia janji nak bayar ansuran setiap bulan, agak-agak korang bagi tak?


Jadi, laporan CCRIS berfungsi sebagai kebolehpercayaan pihak bank kepada korang. Jika korang ada kad kredit ataupun ASB Financing RM50K dan bayaran bulanan cantik, barulah bank percaya keupayaan bayaran balik korang tu. Tapi ingat, ASB Financing akan dikira komitmen jika belum mencapai setahun dan kad kredit juga akan dikira sebagai komitmen 5% berdasarkan baki hutang.


7. Sila Sediakan Dokumen Yang Lengkap

Jika semua perkara di atas korang dah lulus, teruslah sediakan dokumen-dokumen berikut;

i) Salinan Kad Pengenalan: Pastikan jelas depan dan belakang.
ii) Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: Penjawat Awam) (1-2 Tahun)
iii) Surat Pengesahan Majikan (kalau penjawat awam boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)
iv) Slip Gaji (3 bulan, nak letak 6 bulan pun okay kalau bulan tu ada terima bonus ataupun  

      OT)
v) Penyata EPF (terkini)
vi) Penyata Bank (3 bulan-6 bulan, ikut iv)
vii) Dokumen Sokongan:


       - TH, ASB, Fixed Deposit
       - Unit Amanah, simpanan, saham.
       - Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank setiap bulan untuk   

          perkiraan DSR.
       - Sebarang dokumen yang boleh menampakkan kau mampu membayar ansuran 

          bulanan.
       - Laporan CCRIS



Dah nampak sikit-sikit aturannya? Okay baguslah. Korang mesti perbaiki profail kewangan terlebih dahulu. Pergi ke beberapa bank untuk cek kelayakan korang membuat pembiayaan perumahan. Lain bank, lain polisi dia. Bawalah semua dokumen yang lengkap dan CCRIS sekali semasa jumpa pegawai bank yang menguruskan pembiayaan perumahan tu. 

Masa lapang tu bukalah Mudah.my, Property Guru, berkawan dengan REN (Real Estate Negotiator). Korang juga boleh berguru dengan orang yang berpengalaman dan orang yang positif serta minat pelaburan hartanah. 

Kalau korang masa muda ni nak sibuk pergi travel sana sini, jadi geng backpackers, silakan. Simpan dulu nota ni untuk korang baca masa umur 35 tahun nanti. Masa tu korang kata rugi tak beli rumah di usia muda. Rumah dah semakin mahal. Member korang yang gaji rendah daripada korang dah ada 2-3 rumah dah. Masa tu korang tengok je lah gambar travel korang sambil air mata mula menitis. Kah! 
Semoga bermanfaat!!


Thursday 23 March 2017

10 nasihat JUTAWAN kepada tukang kebun!!

assalamualaikum dan selamat pagi semua..
hari ni saya nak kongsikan satu tips #nasihathartanah yang boleh kita jadikan panduan dan pedoman..
setiap orang mampu buat..
yang penting kita mestilah sentiasa positif dan intiqomah..





tips #nasihathartanah ini saya petik dari perkongsian Tok Penghulu a.k.a blog GilaHartanah..
motivasi ini berkisar kepada nasihat Tuan Steve Siebold (tuan rumah) dengan tukang kebunnya..
saya kongsikan kesimpulan daripada nasihat beliau..iaitu

  1. Dalam ekonomi pasaran bebas (free market) sekarang, semua orang boleh buat duit sebanyak mungkin, tanpa ada had. 
  2. Latar belakang, tahap pendidikan, atau tahap IQ bukan sebab untuk buat duit lebih banyak.
  3. Cara terpantas buat duit adalah dengan selesaikan masalah orang. Semakin besar masalah yang kita selesaikan, lebih besar peluang kita buat duit.
  4. Jangan dengar jika orang lain beritahu kita yang kita tak boleh capai impian kita. Amalkan sikap sentiasa bersyukur, dan kita berpeluang untuk jadi lebih kaya di masa hadapan.
  5. Kita boleh buat lebih banyak duit, sebab ramai yang dah jadi bukti kepada perkara ini. Untuk ini, latih diri kita untuk berfikir secara besar. Jika boleh buat RM100,000 atau RM500,000, kenapa tak RM1 juta?
  6. Hapuskan rasa takut dan “mindset” yang tak betul dalam diri. Latih diri melihat duit pada sudut yang positif. Duit boleh beri kita lebih banyak peluang, kebebasan, dan kemungkinan.
  7. Jadi kaya bukanlah satu keistimewaan. Ia adalah hak setiap manusia. Jika anda boleh cipta nilai yang besar kepada orang lain, anda ada peluang untuk capai kekayaan seperti yang anda impikan.
  8. Tak perlu tunggu kapal berlabuh. Anda tak akan jadi kaya kalau tunggu peluang datang. Mahu wang yang banyak? Mula bina kapal sendiri. Tak ada siapa yang dapat selamatkan kita kecuali diri kita sendiri.
  9. Jangan risau tentang wang yang akan habis. Fokus bagaimana untuk buat lebih banyak wang. Risau pasal wang bukan cara untuk hidup dengan tenang. Letakkan tumpuan kita di tempat yang betul.
  10. Berhenti beritahu diri sendiri yang jadi kaya adalah di luar kawalan kita. Hakikatnya, buat duit yang banyak bergantung kepada usaha kita sendiri.
 bacaan lanjut boleh rujuk di link berikut..

           ==> http://gilahartanah.com/kisah-10-nasihat-seorang-jutawan-kepada-seorang-pekebun-
                   siapa-sangka-ia-berjaya-ubah-kewangan-pekebun-ini-360-darjah/

p/s : masih tercari-cari rumah pertama? tak tahu nak mula macamana? tak ada pengalaman langsung?
        jangan risau, boleh baca dan dapatkan pengalaman yang amat berharga melalui pembacaan 
        dan pengalaman otai-otai seperti Tuan Khairul Ezuwan, Tuan Zaidi Ismail, Tuan Abang 
        Ensem, Tuan Shafie Bustan dan ramai lagi..boleh baca dan klik link dibawah sahaja..

        ==> https://gilahartanah.onpay.my/order/form/ebookgh01/cikgubaidi
        ==> https://gilahartanah.onpay.my/order/form/ebookgh01/cikgubaidi
        ==> https://gilahartanah.onpay.my/order/form/ebookgh01/cikgubaidi

Friday 21 October 2016

DIVIDEN PERCUMA

#tipsASBF
#dividenpercuma




  
DIVIDEN PERCUMA
================



Nak dividen percuma 1 bulan?
Bayar 1073.64 tapi dapat 1,292..percuma RM218.36@RM218..
Macamana nak dapat bonus sebanyak tu?
Meh saya tunjukkan..

Mohon ASBF sekarang
Mohon ASBF 200K..dan bayaran bulanan adalah 1,073.64
Sekarang hari ni dah 22/10/2016..dan tarikh ni dah lepas dari tarikh 15hb
Mana-mana permohonan selepas 15hb..mana-mana bulan pun..ASBF akan disburse sebulan selepas tarikh ni
Dan satu lagi…bila disburse selepas 15hb, bayaran pertama instalment adalah pada 2 bulan berikutnya
Untuk kes sekarang
Mohon sekarang
Sekarang dah 22/10/2016
Dah lepas tarikh 15hb
Jadi ASBF akan disburse pada penghujung bulan November
Start bayar 2 bulan berikutnya
Bermaksud..bulan Januari 2017..atau lebih tepat 1/1/2017
Bulan Disember..sijil 200K dah ready dalam akaun..
tapi kat bank la..
tapi cukupla sebulan utk dikira dividen
sebab..baki terendah semasa adalah 200K..
so PNB akan kira dividen base on baki terendah setiap bulan
jadi katakan dividen kekal macam tahun 2015
tarikh update buku 4/1/2016
so dividen sebanyak 1,292 dapat
bonus 0.5% pu dapat jugak..Cuma prorate sebulan jela..
jadila..sapa nak bagi
amaun lain macam mana
sama je
kira sekarang jika sijil 200K
kalau 50K ke..100K ke..sama je kiraan dia..
amaun pun ikut nilai sijil lah
besar nilai sijil..besar la dividennya
bulan-bulan lain macamana pulak
sama jugak
Cuma bezanya bayar instalment jela
Dividen belum dapat
Bulan Januari baru blh tgk nilai dividen tu
Terkumpul lah
Ni teknik nak dapatkan dividen percuma
Bayarnya belum..dividen dah kira



Saturday 15 October 2016

#tipsASB - Part 1



Saya tahu ramai yang masih keliru berkenaan dengan ASB
banyak persoalan asas yang masih belum terjawab
terutamanya kepada yang baru nak mula berjinak-jinak dengan asas pelaburan
macam-macam persoalan yang ada
di sini saya kongsikan tips asas ASB yang dikongsikan oleh Cik Syafiqah Alya
semoga dapat membantu kebuntuan selama ini..



Persoalan Asas ASB
===============
Persoalan asas mengenai ASB dan ASBF serta persoalan mengenai teknik atau langkah yang boleh di ambil untuk urus kewangan.


1. Apa itu ASB?

  • ASB atau nama panjangnya adalah amanah saham bumiputera. Ia adalah Dana unit amanah yang di keluarkan oleh PNB

2. Apa perbezaan simpanan di ASB dan ASBF ini?

  • ASB : adalah simpanan biasa yang tidak perlukan komitmen anda untuk simpan setiap bulan. Menjadi kebiasaan orang kita, kalau ada duit lebih baru masuk ke dalam buku biru ini. Kan?
  • ASBF : adalah pembiayaan atau pinjaman yang dibuat dengan bank. Ia mestilah dibayar setiap bulan.

3. Di mana boleh apply ASBF ini?

  • Terdapat 5 bank yang anda boleh apply ASBF iaitu CIMB, Maybank, RHB, AFFIN bank dan BSN. Anda boleh lah survey rate dan offer yang terbaik buat anda. Baru lah boleh jadi pelabur bijak.
4. Apa itu force saving ASBF?
  • Simpanan secara paksa atau bahasa lembutnya simpanan yang wajib disimpan/ di tolak dari gaji anda setiap bulan dalam ASBF. Baru lah konsisten simpan bulan-bulan

5. Kalau tidak bayar apa akan jadi dengan ASBF saya itu?

  • Pinjaman yang tidak dibayar 3 bulan berturut-turut, sijil ASB anda akan dijual. Maka anda dapat lah baki prinsipal anda tu. Bukan dapat semula apa yang anda bayar. Jangan keliru.

6. Boleh ke saya nak apply ASBF ni lagi selepas saya tidak bayar 3 bulan berturut-turut?

  • Sebulan tak bayar pun dah naik 1 di rekod CCRIS anda. Apatah lagi 3 bulan tak bayar, tak cantik dah CCRIS anda. Anda menunjukkan rekod pembayaran yang tidak baik. Kalau orang pinjam duit anda, dan dia tak bayar. Anda nak bagi pinjam lagi tak?

7. Boleh ke saya apply ASBF selama 30 tahun, dan cancel ASBF pada tahun ke 3?

  • Boleh, pembiayaan ASB tiada penalty  dikenakan. Tetapi kalau boleh tunggulah 3 tahun dan ke atas baru jual/terminate, baru lah nampak untungnya.

8. Boleh ke nak apply ASB tanpa takaful?

  • Boleh, tetapi disarankan ambil cuma pendekkan tempoh takaful tersebut. Jika target simpanan anda adalah 5 tahun, apply lah takaful juga 5 tahun. Monthly jadi murah berbanding apply full tenure. (Di CIMB takaful is optional)

9. Takaful ni cover untuk apa ?

  • Takaful cover untuk kematian dan kecacatan kekal kepada si pemimjam. Jika ambil takaful, dan berlakunya kematian kepada pemimjam, baki pinjaman anda akan di tanggung oleh pihak takaful. Keluarga anda akan terima sijil ASB secara penuh (mengikut pada wasiat/ faraid)

10. ASB ni orang kata syubhah betul ke ?

  • Suruhanjaya Security tidak pernah menyatakan ASB Dana tidak patuh syariah atau Syubhah. Rujuk statement dari Panel Syariah SC Sendiri Prof Dr Asyraf . Luangkan masa tengok video ni.

11. Boleh ke apply ASB banyak-banyak sijil?

  • Boleh, kuota satu orang adalah RM200K. Buat lah banyak sijil pun sama ada untuk pelbagaikan target simpanan atau urusan bisnes dan sebagainya. Cuma anda perlu tanggung processing charge iaitu sekali bayaran sahaja

12. Boleh tak nak apply ASB tanpa perlu buat standing instruction atau auto debit?

  • Boleh, contohnya di CIMB. Anda boleh buat bayaran sendiri

13. Kalau saya buat ASBF ni tiba-tiba saya diberhentikan kerja dan tidak mampu nak bayar. Apa nak  buat?

  • Cancel je lah sijil tu, jika tidak boleh bayar lagi

14. Macam mana nak jual sijil ASB tu?

  • Anda boleh pergi ke bank yang anda apply dan isi form cancellation ASB. Ia makan masa 1-2 bulan. Sepanjang proses penjualan sijil, anda masih perlu bayar

15. Kenapa bayaran bulanan saya tidak sama seperti syafieqah kira?

  • Ini kerana kiraan yang saya ambil adalah full tenure iaitu 30 tahun, dan bayaran bulanan tidak termasuk takaful. Takaful setiap orang berbeza-beza iaitu mengikut umur, jumlah loan, berapa tahun takaful di ambil serta jumlah tahun pembiayaan

16. Suri Rumah boleh apply ASBF tak?

  • Boleh, iaitu buat join application dengan husband. Gunakan payslip husband untuk support income (Di CIMB boleh dapat rate best offer)

17. Student Boleh ke nak apply ASBF macam Syafieqah?

  • Boleh, iaitu mohon join application dengan mak/ ayah/ siblings untuk support income. Dapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu. Jika anda tidak bayar, nama mereka di ccriss juga terpalit sama. (Di CIMB boleh dapat rate best offer )

Friday 14 October 2016

7 Senarai Semak Sebelum Beli Rumah Pertama


1. CCRIS

  • Penting ada CCRIS ini untuk pihak bank tahu tahap disiplin pembayaran balik komitmen tersebut. Laporan CCRIS boleh disemak di Bank Negara Malaysia.
 2. CTOS 
  •  Pastikan kita bebas daripada CTOS, kadangkala kita tak sedar CTOS ni berpunca dari menjadi penjamin kepada adik beradik, pinjam SINGER, pinjam AEON kredit dan bayaran tertangguh ataupun tak bayar terus..blacklist lah.
  3. DSR
  •  Biasanya maksimum DSR dibenarkan bank hanya 60%-70%, Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa jumlah kelayakan pembiayaan rumah bakal diperolehi. Pengiraan DSR ini berlainan setiap bank namun konsep dia tetap sama.

4. Kelayakan Jumlah Pembiayaan 
  • Kalau boleh, 'walk in' ke bank untuk tanya berapa jumlah kelayakan pembiayaan perumahan boleh beli dengan gaji /pendapatan kita tu.
5. Dokumen Lengkap
  • Salinan Kad Pengenalan: Pastikan jelas depan dan belakang.
  • Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: penjawat awam) (2 Tahun)
  • Surat Pengesahan Majikan (kalau kerja kerajaan boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan) 
  • Slip Gaji (3 bulan, nak letak 6 bulan pun okay kalau ada bulan tu terima bonus ataupun OT)
  • Penyata EPF (terkini)
  • Penyata Bank (3 bulan-6 bulan)
  • Dokumen sokongan:
    1. TH, ASB
    2. Unit Amanah, simpanan, saham.
    3. Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank tiap bulan. Untuk perkiraan DSR.
    4. Sebarang dokumen yang boleh tunjuk mampu bayar ansuran bulanan.
    5. Salinan rekod CCRIS
6. Duit deposit/modal
  •  Pastikan ada deposit sebanyak 15% daripada harga rumah yang ingin dibeli.
 7. Baki Minimum Bulanan Dalam Bank
  • Kalau nak beli rumah tu pastikan dah dapat gaji, jangan biarkan baki minimum bulanan ada RM100 je tiap bulan. Pihak bank akan tengok kemampuan kita untuk membayar balik. Jangan dihabiskan semua.
p/s : ini semua sekadar panduan dan bukanya 100% tepat kepada semua orang, ianya berbeza dan mengikut komitmen setiap orang.

Thursday 4 September 2014

pendapatan pasif

Alhamdulillah..hari ni dapat sikit rezeki yang x disangka2..bukak email tgk2 ada makluman duit dah bank-in ke maybank aku..RM81 check2 rupanya komisen AFFILIATE..wow dah ada hasil rupanya...sapa nak bg walaupun nilainya kecik jer...

ni la buktinya...

kalau korang nak tahu dr mana dtgnya leh la pm aku hehe..sms ke..telegram/whatsapp ke..0132317755

nila SIFU yg telah mendidik aku selok belok AFFILIATE ni..just try n suka2 je tp x sangka menjadi lak takla sehebat OTAI IM kat luar sana tu..

leh la baca smbil2 belajar kat LINK ni..aku pun mula kat sini jgk dulu..




http://bit.ly/affiliates_mudah


copy n paste kan kat url pc korang


SELAMAT MENCUBA DAN SALAM KEJAYAAN

Tuesday 22 July 2014

mudahnya membina blog sendiri

alhamdulillah...dapat juga create blog yang sempoi..baru nak belajar mcmna nak buat blog..tu pon godek2 sendiri..

7 'checklist' wajib tahu sebelum beli rumah

dah tahu ke apa persediaan awal untuk membeli rumah? kalau tak tahu takpa..jom baca, saya kongsikan tulisan asal dari Tuan Amir Syahir yang...