kalau tak tahu takpa..jom baca, saya kongsikan tulisan asal dari Tuan Amir Syahir yang saya ambil di wall FB beliau..
7 Senarai Semak Anak Muda Untuk Membeli Rumah Pertama
******************************************************
Membeli rumah pertama adalah mudah jika korang tahu aturannya. Masa
muda ni jangan buat hutang jahat seperti, pembiayaan peribadi ataupun
hutang kereta. Beli kereta tidak sepadan dengan gaji.
Tak perlu
tunggu masuk umur 30-35 tahun untuk beli rumah pertama. Carilah rumah
yang berharga di bawah RM200K untuk pelaburan hartanah dahulu.
Baiki/bina CCRIS, semak DSR dan teruskan memburu hartanah.
Antara perkara yang kau kena semak dan pastikan sebelum korang nak beli rumah subsale ialah;
1. Sila Semak DSR
Debt Service Ratio (DSR) adalah Nisbah Hutang Kepada Pendapatan.
Semakin tinggi nisbah, semakin banyak lah hutang / komitmen korang.
Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa jumlah
kelayakan pembiayaan rumah yang korang boleh dapat. Pengiraan DSR ini
berlainan setiap bank namun konsep dia tetap sama. Lain bank, lain SOP
dia. Rajin-rajinkanlah diri ke bank untuk bertanya ye.
Formula DSR = Jumlah Komitmen/Hutang + Ansuran Bulanan Rumah Mahu Beli / Pendapatan Bersih X 100%
2. Sila Semak Kelayakan Pembiayaan
3. Sila Semak Laporan CCRIS & CTOS
Pernah buat pembiayaan dengan pihak bank? Ada kad kredit? Pernah buat
bil telefon pintar? Adakah bayaran ansuran cun? Kalau tak cun baik
korang semak balik berapa tertunggak. Sebabnya bank takkan luluskan
pembiayaan jika rekod laporan CCRIS korang barai ataupun pembayaran
balik tak tepat pada masanya. Sila semak laporan CCRIS ye. Kadangkala
korang tak sedar pun korang kena CTOS disebabkan menjadi penjamin pada
adik-beradik ataupun sedara mara. Kalau dah kena CTOS ni wajib
langsaikan dulu hutang tertunggak.
4. Sila Semak Duit Pendahuluan
Sangat berminat nak beli rumah tapi duit pendahuluan pun tak ada ni
susah jugak. Nak beli rumah subsale ni banyak kena keluarkan duit
terlebih dahulu. Ada kos guaman, kos penilaian harga rumah, kos duti
setem dan lain-lain kos lagi. Pastikan ada tunai dalam 15% daripada
harga rumah yang berminat tu. Kalau rumah harga RM120K. Paling tidak pun
korang kena ada RM18K. Jadi, tak reti-reti lagi nak menyimpan?
5. Sila Semak Pekerjaan
Bank adalah institusi kewangan yang berniaga. Mereka hanya akan
berniaga dengan orang yang layak dan berkemampuan untuk membayar balik
ansuran tepat pada waktunya. Bank sukar memberikan pembiayaan jika
pekerjaan korang berisiko seperti pekerjaan secara kontrak. Contohnya,
bulan ni masuk gaji penuh, bulan depan masuk separuh. Tak konsisten.
Jadi, bila korang baru bekerja tu, pastikan ada penyata gaji 6 bulan
bekerja dahulu.
6. Sila Beri Kepercayaan Kepada Bank
Ada orang yang langsung tak ada hutang dengan pihak bank. Baguslah. Tak
ada rekod CCRIS boleh mohon pembiayaan perumahan? Ya, boleh saja.
Biasanya bank akan tawarkan kad kredit juga kepada korang. Logik bank
macam ni; ada seorang datang jumpa korang yang langsung korang tak
kenal. Lalu dia nak pinjam duit RM5K. Dia janji nak bayar ansuran setiap
bulan, agak-agak korang bagi tak?
Jadi, laporan CCRIS berfungsi
sebagai kebolehpercayaan pihak bank kepada korang. Jika korang ada kad
kredit ataupun ASB Financing RM50K dan bayaran bulanan cantik, barulah
bank percaya keupayaan bayaran balik korang tu. Tapi ingat, ASB
Financing akan dikira komitmen jika belum mencapai setahun dan kad
kredit juga akan dikira sebagai komitmen 5% berdasarkan baki hutang.
7. Sila Sediakan Dokumen Yang Lengkap
Jika semua perkara di atas korang dah lulus, teruslah sediakan dokumen-dokumen berikut;
i) Salinan Kad Pengenalan: Pastikan jelas depan dan belakang.
ii) Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: Penjawat Awam) (1-2 Tahun)
iii) Surat Pengesahan Majikan (kalau penjawat awam boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)
iv) Slip Gaji (3 bulan, nak letak 6 bulan pun okay kalau bulan tu ada terima bonus ataupun
OT)
v) Penyata EPF (terkini)
vi) Penyata Bank (3 bulan-6 bulan, ikut iv)
vii) Dokumen Sokongan:
- TH, ASB, Fixed Deposit
- Unit Amanah, simpanan, saham.
- Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank setiap bulan untuk
perkiraan DSR.
- Sebarang dokumen yang boleh menampakkan kau mampu membayar ansuran
bulanan.
- Laporan CCRIS
Dah nampak sikit-sikit aturannya? Okay baguslah. Korang mesti perbaiki
profail kewangan terlebih dahulu. Pergi ke beberapa bank untuk cek
kelayakan korang membuat pembiayaan perumahan. Lain bank, lain polisi
dia. Bawalah semua dokumen yang lengkap dan CCRIS sekali semasa jumpa
pegawai bank yang menguruskan pembiayaan perumahan tu.
Masa
lapang tu bukalah Mudah.my, Property Guru, berkawan dengan REN (Real
Estate Negotiator). Korang juga boleh berguru dengan orang yang
berpengalaman dan orang yang positif serta minat pelaburan hartanah.
Kalau korang masa muda ni nak sibuk pergi travel sana sini, jadi geng
backpackers, silakan. Simpan dulu nota ni untuk korang baca masa umur 35
tahun nanti. Masa tu korang kata rugi tak beli rumah di usia muda.
Rumah dah semakin mahal. Member korang yang gaji rendah daripada korang
dah ada 2-3 rumah dah. Masa tu korang tengok je lah gambar travel korang
sambil air mata mula menitis. Kah!
Semoga bermanfaat!!