Wednesday 17 May 2017

7 'checklist' wajib tahu sebelum beli rumah

dah tahu ke apa persediaan awal untuk membeli rumah?
kalau tak tahu takpa..jom baca, saya kongsikan tulisan asal dari Tuan Amir Syahir yang saya ambil di wall FB beliau..






7 Senarai Semak Anak Muda Untuk Membeli Rumah Pertama
******************************************************


Membeli rumah pertama adalah mudah jika korang tahu aturannya. Masa muda ni jangan buat hutang jahat seperti, pembiayaan peribadi ataupun hutang kereta. Beli kereta tidak sepadan dengan gaji.
Tak perlu tunggu masuk umur 30-35 tahun untuk beli rumah pertama. Carilah rumah yang berharga di bawah RM200K untuk pelaburan hartanah dahulu. Baiki/bina CCRIS, semak DSR dan teruskan memburu hartanah.

Antara perkara yang kau kena semak dan pastikan sebelum korang nak beli rumah subsale ialah;

1. Sila Semak DSR

Debt Service Ratio (DSR) adalah Nisbah Hutang Kepada Pendapatan. Semakin tinggi nisbah, semakin banyak lah hutang / komitmen korang. Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa jumlah kelayakan pembiayaan rumah yang korang boleh dapat. Pengiraan DSR ini berlainan setiap bank namun konsep dia tetap sama. Lain bank, lain SOP dia. Rajin-rajinkanlah diri ke bank untuk bertanya ye.

Formula DSR = Jumlah Komitmen/Hutang + Ansuran Bulanan Rumah Mahu Beli / Pendapatan Bersih X 100%

*Ansuran rumah yang perlu dibayar boleh cek guna aplikasi iMoney dekat Google Play Store. Biasanya maksimum DSR dibenarkan bank hanya 60%-70%.


2. Sila Semak Kelayakan Pembiayaan

Korang kena semak berapa pembiayaan perumahan yang bank boleh bagi berdasarkan pendapatan korang. Korang boleh pergi ke bank untuk bertanya. Bawa penyata gaji. Setiap bank lain prosedur dia. Paling senang kiraan kasar dia ialah: Pendapatan bersih X 200. Contohnya, gaji korang lepas tolak komitmen tinggal RM1000. RM1000X200=RM200,000. Jadi carilah rumah yang bawah RM200K.


3. Sila Semak Laporan CCRIS & CTOS

Pernah buat pembiayaan dengan pihak bank? Ada kad kredit? Pernah buat bil telefon pintar? Adakah bayaran ansuran cun? Kalau tak cun baik korang semak balik berapa tertunggak. Sebabnya bank takkan luluskan pembiayaan jika rekod laporan CCRIS korang barai ataupun pembayaran balik tak tepat pada masanya. Sila semak laporan CCRIS ye. Kadangkala korang tak sedar pun korang kena CTOS disebabkan menjadi penjamin pada adik-beradik ataupun sedara mara. Kalau dah kena CTOS ni wajib langsaikan dulu hutang tertunggak.


4. Sila Semak Duit Pendahuluan

Sangat berminat nak beli rumah tapi duit pendahuluan pun tak ada ni susah jugak. Nak beli rumah subsale ni banyak kena keluarkan duit terlebih dahulu. Ada kos guaman, kos penilaian harga rumah, kos duti setem dan lain-lain kos lagi. Pastikan ada tunai dalam 15% daripada harga rumah yang berminat tu. Kalau rumah harga RM120K. Paling tidak pun korang kena ada RM18K. Jadi, tak reti-reti lagi nak menyimpan?


5. Sila Semak Pekerjaan

Bank adalah institusi kewangan yang berniaga. Mereka hanya akan berniaga dengan orang yang layak dan berkemampuan untuk membayar balik ansuran tepat pada waktunya. Bank sukar memberikan pembiayaan jika pekerjaan korang berisiko seperti pekerjaan secara kontrak. Contohnya, bulan ni masuk gaji penuh, bulan depan masuk separuh. Tak konsisten. Jadi, bila korang baru bekerja tu, pastikan ada penyata gaji 6 bulan bekerja dahulu.


6. Sila Beri Kepercayaan Kepada Bank

Ada orang yang langsung tak ada hutang dengan pihak bank. Baguslah. Tak ada rekod CCRIS boleh mohon pembiayaan perumahan? Ya, boleh saja. Biasanya bank akan tawarkan kad kredit juga kepada korang. Logik bank macam ni; ada seorang datang jumpa korang yang langsung korang tak kenal. Lalu dia nak pinjam duit RM5K. Dia janji nak bayar ansuran setiap bulan, agak-agak korang bagi tak?


Jadi, laporan CCRIS berfungsi sebagai kebolehpercayaan pihak bank kepada korang. Jika korang ada kad kredit ataupun ASB Financing RM50K dan bayaran bulanan cantik, barulah bank percaya keupayaan bayaran balik korang tu. Tapi ingat, ASB Financing akan dikira komitmen jika belum mencapai setahun dan kad kredit juga akan dikira sebagai komitmen 5% berdasarkan baki hutang.


7. Sila Sediakan Dokumen Yang Lengkap

Jika semua perkara di atas korang dah lulus, teruslah sediakan dokumen-dokumen berikut;

i) Salinan Kad Pengenalan: Pastikan jelas depan dan belakang.
ii) Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: Penjawat Awam) (1-2 Tahun)
iii) Surat Pengesahan Majikan (kalau penjawat awam boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)
iv) Slip Gaji (3 bulan, nak letak 6 bulan pun okay kalau bulan tu ada terima bonus ataupun  

      OT)
v) Penyata EPF (terkini)
vi) Penyata Bank (3 bulan-6 bulan, ikut iv)
vii) Dokumen Sokongan:


       - TH, ASB, Fixed Deposit
       - Unit Amanah, simpanan, saham.
       - Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank setiap bulan untuk   

          perkiraan DSR.
       - Sebarang dokumen yang boleh menampakkan kau mampu membayar ansuran 

          bulanan.
       - Laporan CCRIS



Dah nampak sikit-sikit aturannya? Okay baguslah. Korang mesti perbaiki profail kewangan terlebih dahulu. Pergi ke beberapa bank untuk cek kelayakan korang membuat pembiayaan perumahan. Lain bank, lain polisi dia. Bawalah semua dokumen yang lengkap dan CCRIS sekali semasa jumpa pegawai bank yang menguruskan pembiayaan perumahan tu. 

Masa lapang tu bukalah Mudah.my, Property Guru, berkawan dengan REN (Real Estate Negotiator). Korang juga boleh berguru dengan orang yang berpengalaman dan orang yang positif serta minat pelaburan hartanah. 

Kalau korang masa muda ni nak sibuk pergi travel sana sini, jadi geng backpackers, silakan. Simpan dulu nota ni untuk korang baca masa umur 35 tahun nanti. Masa tu korang kata rugi tak beli rumah di usia muda. Rumah dah semakin mahal. Member korang yang gaji rendah daripada korang dah ada 2-3 rumah dah. Masa tu korang tengok je lah gambar travel korang sambil air mata mula menitis. Kah! 
Semoga bermanfaat!!


No comments:

Post a Comment

7 'checklist' wajib tahu sebelum beli rumah

dah tahu ke apa persediaan awal untuk membeli rumah? kalau tak tahu takpa..jom baca, saya kongsikan tulisan asal dari Tuan Amir Syahir yang...